MeNabungLah Dari SeKarang Demi masa Depan
Ini lah tujuan saya disini bukan untuk berceramah cuma memberi seberapa sedikit ringkasan tentang matlamat kita.
Saya tidak diupah untuk membuat atikel ini cuma untuk membantu sesama kita.
Mungkin sebelum ini kita tiada peluang untuk berkenalan dengan ini semua.
Dan kita salah seorang yang ketinggalan buat masa ini.tapi tak semistinya kita terlambat selagi ianya masih berpeluang cuba sedaya upaya untuk meneruskanya.
Kita rakyat Malaysia sangat beruntung kerana di kurniakan rezeki melimpah ruah.hanya pada orang yang pandai sahaja bekesempatan untuk menjana kemewahan sedangkan kita hanya tunggu dan lihat dengan apa yang ada di depan mata.Walaupun kita mampu sebenarnya.
Tahukah anda bahawa ASB merupakan satu produk kewangan yang mesti anda gunakan sebagai asas kewangan anda untuk masa depan?Untuk makluman anda, kalau 6 tahun dulu, gula 1kg hanya berharga RM1.05. Tetapi hari ini harganya sudah menjadi RM1.95 1kg. Ini bermakna dalam masa 5 tahun sudah ada kenaikkan harga melebihi 50%. Itu baru satu barang.
Bagaimana pula dengan barang-barang yang lain? Mungkin, 5 tahun lalu, anda makan tengahari hanya RM3.00, tapi kini sudah menjadi RM5.00. Itu sahaja sudah ada kenaikan sebanyak 60%!!!Persoalan ???
Pertanyaan dari sayaadakah anda boleh menyimpan?
berapa banyak anda boleh menyimpan dimana anda menyimpan
adakah perbelanjaan anda cukup untuk sebulan selepas ditolak semua hutang?
Adakah beban hutang, tidak membebankan anda.Anda perlu berubah dan mulakan menyimpan pada hari ini.Apa kata, mulai hari ini anda peruntukkan RM8 sehari dan memasukkannya ke dalam Tabung Buluh (cara lama) secara konsisten. Ini bermakna, setelah cukup 30 hari (1 bulan), anda sudah mempunyai simpanan sebanyak RM240.00 bersihJika anda menyimpan RM240 sebulan di dalam tabung buluh tersebut selama 5 tahun, anda akan dapat mengumpul sebanyak RM14,400.00 bersih.
Walau bagaimanapun, selepas 30 hari, pindahkan sejumlah RM240 dari “tabung buluh” tadi ke dalam simpanan ASB untuk tujuan simpanan tetap. Mengikut kiraan, sekiranya anda menyimpan RM240 sebulan di dalam ASB, dengan menganggarkan purata pulangan ASB adalah 8% setahun, ini bermakna anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM18,247.40 setelah 5 tahun.
Ini berlaku disebabkan simpanan ASB dikira mengikut kaedah pengiraan “Compounded dividen” dan bukannya pengiraan “Simple dividen”.Maka dengan cara pengiraan ini, anda hanya perlu menyimpan konsisten selama 5 tahun sebanyak RM14,400.00 dan anda akan mendapat duit tambahan sebanyak RM3,847.40 selepas 5 tahun.
Dan kalau anda menyimpan hanya RM240, di ASB selama 10 tahun. Anda akan mendapat RM45,059.00. Bukan lagi, RM31,104.00Menarik bukan?Itu baru hanya RM8 sehari…belum lagi RM10 atau RM15 atau RM20 sehari!!!!Maka, dengan ini buatlah simpanan untuk diri anda demi masa depan yang sempurna.
Jadikan ASB sebagai asas simpanan wang anda.
No comments:
Post a Comment